Skip to main content

Tiada pengumuman buat masa sekarang

Sejarah Mahkamah Pulau Pinang

Sejarah sistem perundangan di Malaysia bermula dengan penaklukan Prince of Wales Island (Pulau Pinang) pada 11 Ogos 1786 oleh Kapten Francis Light. Dengan perkembangan Prince of Wales Island pada ketika itu sebagai pusat perdagangan terkemuka dengan pertumbuhan populasi yang pesat telah mendesak Kapten Francis Light untuk mendapatkan bantuan perundangan oleh Governor-General di India untuk mentadbir penduduk Pulau ini.

 

Pada tahun 1801, John Dickens telah dilantik sebagai Majistret pertama di Pulau Pinang. Piagam DiRaja ("The Royal Charter") telah dianugerahkan kepada Pulau Pinang pada tahun 1807 yang telah menyaksikan penubuhan "Supreme Court"  (Mahkamah Agung). Dengan penubuhan Mahkamah Agung, jawatan baru telah diwujudkan iaitu "Recorder" yang berperanan sebagai Hakim. "Recorder" pertama yang dilantik di Pulau Pinang ialah Sir Edmond Stanley pada tahun 1808 dan pada ketika itulah bermulanya pembinaan bangunan Mahkamah yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.

 

Bangunan "Supreme Court of Penang" yang pertama terletak di Fort Conwalis yang kemudiannya berpindah ke bangunannya sendiri yang merupakan bekas kediaman rasmi John Dickens, iaitu Majistret pertama di Pulau Pinang. Pada tahun 1903, bangunan "Supreme Court" yang pertama telah dirobohkan. Tidak jauh daripada tapak asalnya telah dibina Bangunan "Supreme Court" yang baru iaitu bangunan Mahkamah Tinggi yang sedia ada di Lebuh Light. Bangunan ini telah diduduki pada tahun 1903. Reka bentuk bangunan ini adalah berasaskan senibina pada zaman pemerintahan King George di England pada kurun ke 18.

 

 

Bangunan ini telah melalui beberapa fasa pengubahsuaian dan pembaikan dari tahun ke tahun. Penambahbaikan bangunan Mahkamah Agung Pulau Pinang (sekarang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Pulau Pinang) telah disiapkan pada tahun 2007 dan dirasmikan pada 28 Februari 2009 oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.

 

Sistem kehakiman di Pulau Pinang yang telah menjangkau usia 200 tahun dan bangunan Mahkamah Tinggi yang berusia lebih 100 tahun ini telah meninggalkan nostalgia yang mendalam kepada semua pengamal undang-undang di negeri ini. Malah, bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai "World Cultural Heritage Site" pada 7 Julai 2008.

 

Pada Tahun 2006 Dua Buah Bangunan Baru Yang Menempatkan Mahkamah Sesyen/majistret Sivil Dan Jenayah Dibina. Dua Buah Bangunan Baru Tersebut Menempatkan 5 Mahkamah Sesyen Dan 6 Mahkamah Majistret. Setiap Kamar Bicara Dilengkapi Dengan Kemudahan Siaraya. Manakala Satu Dari Mahkamah Di Dalam Setiap Bangunan Dilengkapi Dengan "Vulnerable Witness System". Ia Membolehkan Saksi-saksi Memberikan Keterangan Tanpa Perlu Berada Di Dalam Kamar Bicara Di Dalam Situasi Yang Menakutkan Terutamanya Kanak-kanak. Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Ini Turut Menempatkan Bilik-bilik Khas Untuk Kegunaan Jabatan-jabatan Kerajaan Yang Berurusan Dengan Mahkamah Seperti Bilik Timbalan Pendakwaraya, Biro Bantuan Guaman Dan Jabatan Insolvensi. Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Beroperasi Sepenuhnya Pada 15 April 2008.

 

Semasa Kerja-kerja Pembinaan Kompleks Mahkamah Ini Dilakukan, Tugu Logan Telah Dipindahkan Dari Perkarangan Bangunan Mahkamah Tinggi Ke Bahagian Hadapan Bangunan Mahkamah Sesyen/majistret Tersebut.

 

Jalan Yang Bersebelahan Dengan Bangunan Mahkamah Ini Telah Dinamakan Sebagai Jalan Tun Syed Sheh Barakbah  Sempena Nama Anak Tempatan Pertama Yang Telah Dilantik Sebagai Hakim Besar Malaya Pada Tahun 1962 Dan Seterusnya Sebagai Rakyat Malaysia Yang Pertama Menjawat Jawatan Ketua Hakim Negara Pada Tahun 1966. Tun Syed Sheh Barakbah Juga Telah Dilantik Sebagai Gabenor Pulau Pinang Yang Ke Tiga Dari 1 Februari 1969 Hingga 1 Februari 1975.

Bangunan Lama Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Terletak Di Atas Lot 965, Seksyen 4, Bandar Bukit Mertajam. Tapak Bangunan Adalah Milik Kerajaan Negeri Manakala Bangunan Pula Adalah Milik Kerajaan Persekutuan. Lokasi Bangunan Ini Terletak Di Jalan Arumugam Pillai Iaitu Di Tengah-tengah Bandar Bukit Mertajam. Ianya Terletak Bersebelahan Dengan Pejabat Pendaftaran Negara, Jabatan Kerja Raya, Telekom Dan Pejabat Pos.

 

 

Bangunan Mahkamah Ini Telah Wujud Sebelum Perang Dunia Pertama Lagi. Pada Tahun 1926 Mahkamah Ini Berkongsi Menggunakan Bangunan Dengan Balai Polis Bukit Mertajam. Kes-kes Telah Dibicarakan Oleh 'district Officer' Bernama Tuan Av Aston Manakala Seorang 'senior District Officer' Bernama Tuan Fred Bertindak Sebagai Hakim Litar. Pada Tahun 1948 Seorang Majistret Tetap Iaitu Tuan Abdul Rahman Bin Mat Ditempatkan Di Mahkamah Ini. Pada Ketika Itu Jawatan Dikenali Sebagai Pengadil Kelas 1. Dalam Tahun 1948 Bangunan Mahkamah Ini Telah Diambilalih Oleh Pihak Mahkamahb Dan Balai Polis Bukit Mertajam Telah Berpindah Ke Bangunan Yang Berasingan Di Tapak Yang Sedia Ada Sekarang.

 

Bangunan Mahkamah Ini Pada Asalnya Diperbuat Daripada Kayu Beratapkan Asbestos Dan Dindingnya Diperbuat Daripada Buluh Yang Dianyam Rapi Yang Dipanggil 'dinding Pelupuh'. Dari Masa Ke Semasa Bangunan Mahkamah Ini Telah Diperbaiki Termasuklah Dindingnya Yang Ditukar Kepada Papan Kayu. Bangunan Mahkamah Ini Mengandungi Sebuah Bilik Bicara, Lokap, Kamar Majistret Serta Sebuah Bilik Yang Memuatkan 7 Orang Kakitangan. Pada Tahun 1972 Mahkamah Bukit Mertajam Telah Mendapat Penambahan Kakitangan Dan Pada Tahun 1995 Mahkamah Ini Telah Mempunyai 11 Orang Kakitangan.

 

Bangunan Baru Mahkamah Bukit Mertajam Pula Dibina Di Atas Tapak Lot 2198, Mukim 10, Seberang Perai Tengah Dan Keluasan Adalah 2.55 Ekar (910302.70 Sq.m). Bangunan Ini Bernilai Rm4,107,000.00. Kerja-kerja Pembinaan Bermula Pada 26.6.1998 Dan Siap Pada 30.6.2000. Mahkamah Bukit Mertajam Mula Beroperasi Pada 15.10.2000.

 

Bangunan Baru Mahkamah Bukit Mertajam Ini Mempunyai 2 Bilik Bicara, 2 Kamar, 1 Bilik Pendaftar, 1 Bilik Pentadbiran/kewangan, 1 Bilik Pendaftaran Jenayah Dan Sivil, 1 Bilik Mesyuarat, 1 Bilik Perpustakaan, 1 Bilik Kakitangan, 1 Bilik Fail, 2 Bilik Kebal, 1 Bilik Barang Kes, 1 Bilik Saksi, 1 Bilik Reman, 4 Bilik Lokap, 1 Bilik Peguam, 1 Bilik Cawangan Polis, 1 Bilik Agensi Dadah Kebangsaan, 1 Kantin, 2 Kakitangan Dan 2 Tandas Awam Serta Sebuah Pondok Jaga.

 

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Mempunyai 2 Orang Majistret Dan 11 Orang Kakitangan. Mahkamah Ini Mengendalikan Kes-kes Jenayah Dan Sivil, Kes Juvana, Saman Trafik Dan Saman Jabatan.

Nama Butterworth adalah mengambil sempena nama Colonel W.J. Butterworth iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat. Bandar Butterworth merupakan pusat pembangunan dan pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara. Seberang Perai merupakan sebahagian dari Negeri Pulau Pinang dan dibahagikan kepada tiga buah daerah iaitu Utara, Tengah dan Selatan dan 53 buah mukim. Keluasan kawasannya adalah 285.1 batu persegi atau 738.41km persegi. Peta Negeri Pulau Pinang juga menunjukkan bidang kuasa keseluruhan Seberang Perai iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan adalah di LAMPIRAN ‘M’.

 

 

Mengikut sejarah, Pulau Pinang telah terlebih dahulu jatuh ke tangan British pada 11 Ogos 1786 dan diberi nama Prince of Wales. Seterusnya DYMM Sultan Kedah telah bersetuju menyerahkan Seberang Perai kepada Kompeni India Timur Inggeris kerana Baginda memerlukan sokongan British untuk memperkukuhkan kedudukan Baginda. Pada tahun 1800 datu perjanjian ditandatangani di antara Kompeni India Timur Inggeris dengan DYMM Sultan Kedah di mana Kompeni bersetuju membayar RM10,000.00 setahun kepada Baginda untuk menduduki Pulau Pinang dan Seberang Perai. Pada masa itu, Seberang Perai dikenali sebagai Province Wellesley oleh pihak Inggeris. Dari sebuah kawasan pertanian, kini Seberang Perai amnya dan Butterworth khasnya telah mula bertapak sebagai kawasan perindustrian. Zon Perdagangan Bebas Mak Mandin dan Perai dan Pelabuhan Pulau Pinang telah menarik banyak pelaburan dan perdagangan asing.

 

Ekoranya kepesatan ekonomi dan pembangunan social telah meningkatkan jumlah kes di Mahkamah Butterworth. Bangunan lama Mahkamah Sesyen/Majistret Butterworth terletak di Jalan Pantai iaitu bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Butterworth. Bangunan lama ini telah dibina pada tahun 1880 dan pada mulanya bangunan ini diduduki bersama dengan pejabat-pejabat kerajaan lain sehingga ke tahun 1987 di mana bangunan ini hanya dikhaskan untuk Mahkamah sahaja.

 

Pada awalnya, Mahkamah Butterworth hanya mempunyai seorang Majistret. Yang Dipertua Mahkamah Tengah (gelaran pada masa itu) hanya datang secara litar. Mulai 1 November 1987 seorang Hakim Mahkamah Sesyen tetap telah ditempatkan di sini. Bangunan baru 4 tingkat ini mula dibina pada 14 Disember 1992 dengan kos pembinaan sebanyak RM9.1 juta. Ianya terletak di satu kawasan seluas 9000 meter persegi (0.9 hektar) dan jumlah keseluruhan luas lantai adalah 7980 meter persegi. Lokasi bangunan ini di Jalan Bagan Jermal dan jauhnya 4 km dari Pangkalah Sultan Abdul Halim dan 11 km dari Jabatan Pulau Pinang. Mahkamah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Mei 1995 dan telah dirasmikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 26 Mac 1996.

 

Rekabentuk bangunan ini adalah tersendiri hasil kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya. Bangunan ini dilengkapkan dengan 7 dewan perbicaraan, 7 kamar, 3 bilik Pendaftar, 2 pejabat pentadbiran iatitu pendaftaran sivil dan jenayah, bilik mesyuarat, bilik perpustakaan, 2 bilik kebal, 4 bilik fail, surau, bilik-bilik saksi, bilik riadah dan kantin. Juga disediakan bilik-bilik khas untuk Penasihat Mahkamah Juvana, Polis, Pendakwaraya, Peguam Persekutuan, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Peguam dan Pemberita. Bangunan Mahkamah ini dilengkapi dengan system penghawa dingin, system pencegah kebakaran, system kawalan keselamatan berkamera, system penggera keselamatan dan system pembesar suara yang canggih. Mahkamah ini mempunyai 4 buah Mahkamah Sesyen dan 2 buah Mahkamah Majistret. Bidang kuasa Mahkamah Sesyen meliputi keseluruhan Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan manakala bidang kuasa Mahkamah Majistret meliputi Daerah Seberang Perai Utara.

Mahkamah Majistret Balik Pulau telah ditubuhkan sejak zaman British lagi. Ianya terletak di Jalan Sungai Pinang bersebelahan dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya. Semasa awal penubuhan, Mahkamah Majistret Balik Pulau dijadikan sebagai Mahkamah Litar. Kakitangan Mahkamah ketika itu hanya terdiri daripada seorang Kerani dan Penghantar Notis serta bersidang seminggu sekali di mana Majistret daripada Mahkamah Sesyen Georgetown akan datang menjalankan perbicaraan kes.

 

 

Di pertengahan tahun 80an Mahkamah Majistret Balik Pulau telah dinaiktaraf daripada Mahkamah Litar menjadi Mahkamah yang mempunyai Majistret tetap serta penambahan kakitangan seperti Jurubahasa dan Bailif selain daripada Kerani dan Penghantar Notis.

 

Pada tarikh 22 Februari,2010 Mahkamah Majistret yang terletak di Jalan Sungai Pinang telah pun berpindah ke Jalan Balik Pulau yang terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Daerah. Bangunan yang terletak di atas tanah seluas 5 ekar dengan kos pembinaan sebanyak Rm 13,530,000.00 dikenali sebagai Kompleks Mahkamah Balik Pulau.

 

Pada tarikh 1 November,2013 Mahkamah Majistret Balik Pulau telah dinaiktaraf.Mahkamah Sesyen Khas Rasuah telah diwujudkan. Hakim pertama yang dilantik ialah Puan Caroline Bee Majanil. Majistret pada ketika ini ialah Tuan Muhammad Najib Bin Ismail.

 

Puan Caroline Bee Majanil telah memulakan tugas pada 15 November,2013 dengan Gred Jawatan L 54 Memangku Gred Khas C.

 

Bermula pada tarikh 15 November,2013 Mahkamah Sesyen/Majistret Balik Pulau mempunyai 2 orang Pegawai dan 12 orang Kakitangan yang terdiri daripada Hakim Memangku Jusa C, Majistret Gred L44, 2 orang Jurubahasa Gred L22, 1 orang Pembantu Tadbir N22, 3 orang Jurubahasa Gred L17, 2 orang Pembantu Tadbir N17, 1 orang Pembantu Tadbir Kewangan, 1 orang Pembantu Tadbir Undang-Undang, 1 orang Penghantar Saman dan 1 orang Pembantu Am Pejabat.

Mahkamah Majistret Jawi, adalah Mahkamah Rendah yang meliputi seluruh Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kawasannya di antara Simpang Ampat Tasek hingga Jalan Sempadan Matang Tok Mahat. Ianya terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah, Perpustakaan Awam dan Mahkamah Syariah Seberang Perai Selatan. Mahkamah ini mula beroperasi pada tahun 1981 menggantikan Mahkamah lama di Nibong Tebal. Terdiri dari bangunan satu tingkat dan mempunyai bumbung berbentuk bumbung rumah Minangkabau. Pada asalnya bangunan ini terdiri dari ruangan pejabat utama, bilik bicara, Kamar Majistret, bilik saksi dan lokap.

 

 

Setelah beberapa tambahan dibuat kepada struktur asalnya, sekarang ia mempunyai bilik penyimpanan fail, bilik stor dan surau. Keseluruhan kawasannya dikelilingi oleh pagar dawai yang berukuran 8’’ untuk asas dan ditambah besi berbentuk V untuk diletak dawai mata punai setinggi 8”, mempunyai dua pintu pagar untuk keluar masuk iaitu pintu pagar utama dibahagian hadapan dan pintu pagar kecil dibahagian belakang. Sebuah pondok untuk pengawal keselamatan terletak berhampiran pintu utamanya. Dari segi pentadbiran, Mahkamah ini terletak dibawah PTJ Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang dan dibawah kawalan Hakim Wilayah Mahkamah Sesyen, Butterworth. Ia mempunyai seorang Majistret yang juga sebagai ketua jabatan dengan sepuluh orang kakitangan sokongan.