Skip to main content

Tiada pengumuman buat masa sekarang

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

 

Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah rahmatnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Badan Kehakiman Malaysia khasnya laman web Mahkamah Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambah baik laman web rasmi ini.

 

Mahkamah Negeri Pulau Pinang akan sentiasa mematuhi visi dan misi Badan Kehakiman Malaysia iaitu menjadi Badan Kehakiman yang berwibawa berlandaskan kemajuan teknologi menjelang 2025 dan mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan akses kepada keadilan.

 

Saya selaku Pengarah Mahkamah Negeri Pulau Pinang akan sentiasa mengambil pelbagai inisiatif di dalam membantu Badan Kehakiman Malaysia bagi menjaga imej dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap Badan Kehakiman di negara ini.

 

Pembangunan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh PKPMP bagi membantu untuk memenuhi keperluan penyaluran maklumat yang interaktif dan berinformasi kepada orang ramai. Melalui laman web ini,pihak berkepentingan dan orang ramai boleh mengakses pelbagai perkara seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi mahkamah, sistem Pesuruhjaya Sumpah dan pelbagi e-perkhidmatan yang lain.

 

Akhir kata, saya berharap semoga para pengunjung dapat memanfaatkan laman web rasmi Mahkamah Negeri Pulau Pinang ini dan diharapkan agar ianya mampu menjadi medium perkongsian maklumat berguna ke arah memartabatkan Badan Kehakiman di Malaysia. Selamat melayari laman web Mahkamah Negeri Pulau Pinang.

 

Sekian, terima kasih.

 

Norsalha Binti Dato' Hamzah
Pengarah
Mahkamah Negeri Pulau Pinang