Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
- Bertanggungjawab menguruskan hal-hal dokumen-dokumen dan surat menyurat yang berkaitan.
- Menyelaraskan sistem rekod fail.
- Menguruskan penghantaran dan perimaan surat menyurat.
- Merekod dan menyimpan sesalinan rekod dokumen penting jabatan.
- Menyelia semua urusan berkaitan cuti pegawai dan kakitangan, perisytiharan harta, tuntutan perjalanan, permohonan peperiksaan dan kursus.
- Menyenaraikan dan merekodkan ke semua harta modal yang memerlukan penyelenggaraan atau yang diselenggara.
- Menyelia mesin faksimili dan mesin fotostat serta menguruskan segala keraosakan atau kehabisan toner, katdrige dan faks roll.
- Menguruskan segala kerosakan ICTdan melaporkan dengan segera kepada pihak penyelenggaraan PKPMP.
- Menyediakan laporan kursus, laporan pemantauan penglibatan pegawai awam dalam perniagaan dalam talian, laporan AAR mingguan,laporan kad perakam waktu bulanan, laporan prestasi Y.A bulanan, laporan kedatangan pengawal keselamatan dan laporan harta modal dan aset alih.
Menyelia keselamatan pejabat.
- Menguruskan stor dan inventori pejabat termasuk membuat pesanan barang-barang stor yang kehabisan setiap bulan di Bahagian Stor Utama Pusat Tanggungjawab.
- Menguruskan permohonan alatulis pegawai dan kakitangan dan menyelenggara stor alatulis dan kelengkapan pejabat.
- Mengendalikan semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran.
- Menguruskan segala aduan kerosakan bangunan dan infrastruktur.
UNIT BIRO PERKHIDMATAN
Kaunter Khidmat Pelanggan
- Mengendalikan segala panggilan telefon keluar dan masuk pada setiap masa waktu pejabat.
- Membuat panggilan keluar untuk pegawai dan kakitangan.
- Menyambungkan semua panggilan yang masuk / keluar kepada pegawai / kakitangan
- Merekod dan memproses kesemua surat menyurat di dalam buku daftar surat.
- Membantu menjalankan urusan pentadbiran, menyemak status fail dan menghantar dokumen.
- Kaunter Semakan/Efiling/Kaunter Bayaran
- Menjana bil-bil, bil deposit Mahkamah Rendah & Tinggi, bil denda dan rampasan.
- Memproses dokumen- dokumen daripada orang awam / pelelong secara efiling.
- Memungut wang hasil dan perkhidmatan daripada orang awam.
- Menyemak resit-resit yang dikeluarkan oleh mesin dan mengagihkan resit tersebut kepada pembayar.
- Menjumlahkan dan mengimbangkan kutipan harian untuk diserahkan kepada penyelia.
- Menerima wang jamin, denda dan rampasan di kaunter.
- Mencetak resit rasmi bagi bayaran melalui sistem e-CRT Finance, e-PCS dan e-POS.
- Memantau bayaran yang di buat menggunakan mesin e-POS.
UNIT WRIT SAMAN (TORT)
- Mendaftar kes-kes baru Guaman Sivil.
- Menguruskan dokumen, menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakim.
- Memproses dokumen carian fail manual.
- Merekod dan mengemaskini kes-kes di dalam Buku Kausa.
- Memproses dan merekod dokumen untuk Salinan diakui sah (CTC).
- Menyediakan laporan statistik bulanan.
UNIT LJC/LAR
- Mendaftar kes-kes baru bagi permohonan semakan kehakiman, Akta Syarikat dan Petisyen Pilihanraya, Petisyen Penggulungan Syarikat, Rujukan Tanah, Short Call dan Long Call.
- Menguruskan dokumen, menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakm.
- Mengendalikan segala instrument untuk permohonan Long Call.
- Memproses dokumen carian fail manual.
- Merekod dan mengemaskini kes-kes di dalam Buku Kausa.
- Memproses dan merekod dokumen untuk Salinan diakui sah (CTC).
- Menyediakan laporan statistik bulanan.
UNIT SAMAN PEMULA KES SIVIL
- Mendaftar kes-kes baru bagi permohonan Saman Pemula, Lelongan Awam(FC/MFC), kekeluargaan(F),[ Perletakan Hak, Pemegang Amanah, Kebenaran Menjual, Pindahmilik, wang pampasan (NCVC)], Intelek(IP), Pembinaan(C), Dagang dan Syarikat(NCC).
- Menguruskan dokumen, menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakim.
- Memproses dokumen carian fail manual dan penyimpanan / pengeluaran wang pampasan.
- Memproses dan merekod dokumen untuk Salinan diakui sah (CTC).
- Menyediakan laporan statistik bulanan.
UNIT SURAT KUASA WAKIL
- Mendaftar permohonan pendaftaran Surat Kuasa Wakil, meminda dokumen surat kuasa wakil (PA) dan Pembatalan (REV).
- Memproses dan merekod dokumen untuk salinan diakui sah (CTC) surat kuasa wakil.
- Memproses dokumen dan merekod nombor pendaftaran pada setiap dokumen asal / salinan dan tarikh pemfailan.
- Meterai dokumen surat kuasa wakil (PA) dan pembatalan (RR / DR).
- Merekod pembatalan nombor (PA) di dalam buku kausa.
UNIT PELAKSANAAN
- Mendaftar dan melaksanakan perintah perlaksanaan writ of seizure & sale, possession,distress, attachment before judgment perlaksanaan “Application for Execution”.
- Menyediakan dokumen untuk lelongan awam.
- Menguruskan pendaftaran pelelong berlesen negeri Pulau Pinang.
- Memproses dokumen carian fail manual dan efiling.
UNIT PERCERAIAN
- Mendaftar kes-kes baru petisyen penceraian / penceraian bersama / permohonan anak tidak sah taraf / Mediasi.
- Menguruskan dokumen, menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakim.
- Memproses dan mengemaskini status pengesahan penceraian ke JPN Putrajaya.
- Merekod data status penceraian / pembatalan perkahwinan setelah mendapat pengesahan status dari JPN Putrajaya.
- Memproses dan merekod dokumen untuk Salinan diakui sah (CTC).
- Merekod dan mengemaskini kes-kes di dalam Buku Kausa.
- Menyediakan laporan statistik bulanan.
UNIT LA PROBET
- Mendaftar kes-kes baru permohonan Surat Kuasa Mentadbir (31) dan Geran Probet (32).
- Menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakim.
- Memproses dokumen carian fail manual, pindaan pada geran dan surat untuk pembatalan borang ‘C’.
- Memproses dan merekod dokumen untuk Salinan diakui sah (CTC).
- Bertanggungjawab ke atas segala surat-surat wasiat dan sijil kematian.
- Menyediakan laporan statistik bulanan.
UNIT BANKRAPSI
- Mendaftar kes-kes baru notis kebankrapan dan permohonan Siberhutang.
- Menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakim.
- Memproses dokumen carian fail manual.
- Memproses dan merekod dokumen untuk Salinan diakui sah (CTC).
- Memproses fail-fail pindah dari mahkamah lain.
- Mengendalikan dokumen perintah penerimaan / penghukuman (AORO).
- Merekod dan mengemaskini kes-kes di dalam Buku Kausa.
- Menyediakan laporan statistik bulanan.
UNIT JENAYAH
- Mendaftar kes-kes jenayah.
- Menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan / sapina di hadapan Hakim.
- Menyediakan waran penjara / waran gantung, bon jaminan, surat pembekuan akaun, surat pelepasan jamin, notis bicara dan OTP.
- Menangani kehadiran dan penempatan OKT semasa hari perbicaraan.
- Memproses dokumen carian fail manual.
- Merekod dan mengemaskini kes-kes di dalam Buku Kausa.
- Memberi perkhidmatan kepada orang awam, jabatan kerajaan melalui talian.
UNIT RAYUAN SIVIL
- Mendaftar kes-kes rayuan.
- Menyediakan surat menyurat dan fail yang berkaitan kes-kes di hadapan Hakim.
- Menetapkan tarikh perbicaraan, penangguhan / pindaan di hadapan Hakim.
- Memproses dokumen carian fail manual.
- Menyediakan laporan kes baru dan pelupusan kes rayuan sivil statistik bulanan.
MAHKAMAH TINGGI BUTTERWORTH
Pendaftaran
- Menerima dokumen secara e-filing dan manual di dalam system CMS bagi kes-kes rayuan jenayah, perbicaraan jenayah, permohonan jenayah dan semakan jenayah.
- Memproses dokumen secara e-filing dan menghantar kepada Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar untuk tandatangan secara digital.
- Memastikan dokumen-dokumen adalah teratur mengikut Kaedah Mahkamah 2012.
- Melayan orang awam dan peguam di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Butterworth.
Pengurusan Kes
- Memastikan pendaftaran dan pemprosesan dokumen bagi kes-kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi dilaksanakan dengan cepat dan lancar.
- Menetapkan tarikh dan mengendalikan pengurusan kes bagi memastikan kes dapat ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar dan Hakim Mahkamah Tinggi.
- Memastikan data statistik kes-kes adalah tepat dan dihantar ke unit statistik mengikut masa yang ditetapkan.
Pasca Perbicaraan
- Memastikan keputusan perbicaraan dikemaskini di dalam sistem CMS.
- Memastikan Draf Perintah dan Perintah Bersih diluluskan mengikut terma-terma yang diperintahkan oleh Hakim.
- Mengeluarkan Perintah bagi mengemukakan orang dalam jagaan (OTP), Saman kepada Saksi (Sapina), Waran Menahan, Waran Memenjarakan, Waran Tangkap, Notis Kepada Penjamin, Notis Kepada Pihak Merayu, Waran Hukuman Mati, Waran Meletakkan Dalam Jagaan Sementara dan Bon Jaminan bagi kes-kes Jenayah.
- Menyediakan Perintah bagi kes Jenayah yang telah diberi keputusan dan Laporan Pemberitahuan keputusan kes kepada jabatan bagi Kes Jenayah yang melibatkan kakitangan awam.
- Memberi maklumbalas terhadap Surat Pengesahan Sebatan Rotan yang difailkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
- Membuka fail Rayuan dan menyediakan Rekod Rayuan jika terdapat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
PERPUSTAKAAN MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG/MAHKAMAH NEGERI PULAU PINANG
- Menerima bahan daripada Pembekal dan merekodkan penerimaan ke dalam Sistem ILMU dan Buku Daftar bahan perpustakaan.
- Menyediakan perkhidmatan Sirkulasi kepada pengguna seperti peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan.
- Mengumpul dan menyusun bahan perundangan bagi tujuan jilidan.
- Menyediakan kemudahan serta fasiliti yang kondusif kepada pengguna seperti perkhidmatan komputer bagi tujuan pencarian maklumat.
- Membuat pindaan ke atas akta dan bahan perundangan bagi perpustakaan dan Kamar Y.A. Hakim.
- Menyedia salinan fotokopi bahan yang diperlukan oleh Y.A. Hakim, Pegawai Undang-undang,Peguam dan orang awam.
- Menyedia surat dan menghubungi pihak yang berkenaan mengenai hal yang berkaitan dengan perpustakaan.
- Melaksanakan Program Galakan Membaca bagi memupuk sikap membaca di kalangan pengguna.