Skip to main content

Tiada pengumuman buat masa sekarang

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah

UNIT KAUNTER

  • Melayan orang awam,polis,peguam dan Jabatan kerajaan yang berurusan dengan Mahkamah.
  • Melayan panggilan telefon daro orang awam,peguam,jabatan kerajaan & Jurubahasa.
  • Menyediakan maklumat untuk tujuan jamin.
  • Mendaftar surat menyurat & permohonan sapina.
  • Memproses permohonan reman & bertugas di bilik reman,membantu pegawai yang mengeluarkan reman.
  • Menguruskan permohonan pelbagai,menyemak Mahkamah yang bakal mendengar permohonan.
  • Memproses OTP & borang 40 dan menguruskan penghantaran ke penjara/pihak polis untuk tujuan pertuduhan OKT atau tujuan jamin di Mahkamah.

 

UNIT SESYEN

  • Membuat urusan jamin & menguruskan pelepasan jaminan untuk kes-kes yang telah selesai.
  • Menyediakan waran tangkap,Perintah Pengawasan,Surat arahan lapor diri kebalai polis,surat penahanan
  • & pelepasan passport dan lain-lain surat menyuratberkaitan kes kepada Jabatan kerajaan, peguam dan orang awam.
  • Merekod kes-kes selesai dalam buku daftar (sebahagian kes fail fizikal sahaja.

 

UNIT MJU (MANAGING JUDGE UNIT)

  • Membuat urusan jamin & menguruskan pelepasan jaminan untuk kes-kes yang telah selesai.
  • Menyediakan waran tangkap,perintah pengawasan ,surat arahan lapor diri ke balai polis,surat penahanan dan pelepasan passport dan lain-lain,surat menyurat berkaitan kes kepada jabatan kerajaan ,peguam dan orang awam.
  • Menyediakan surat permohonan laporan akhlak & pesalah muda.

 

UNIT RAYUAN (SESYEN/MAJISTRET)

  • Mendaftar kes-kes rayuan.
  • Menguruskan dokumen,menyediakan surat menyurat dan fail-fail yang berkaitan rayuan.
  • Membekalkan,menerima menyerahkan alasan,nota dan rekod rayuan kepada pihak-pihak yang terlibat.
  • Menyediakan surat pengesahan ,sebatan rotan & urusan stay of execution.
  • Menyediakan data statistic rayuan dan bertanggungjawab mengemaskini kepada pegawai yang berkenaan.
  • Menyiapkan perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kanak-Kanak dan segala urusan dokumen surat menyurat kes-kes di bawah akta kanak-kanak.(JMA-Kod 89)

 

UNIT STATISTIK & MAHKAMAH KHAS KORONER

  • Bertanggung jawab kepada unit statistic Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang.
  • Menyediakan statistik bulanan dan statistic yang dipohon dari masa ke semasa.
  • Menerima dan mengumpul statistik bulanan dari MahkamahSesyen/Majistret(Jenayah)Georgetown untuk dihantar kepada Pegawai Statistik Negeri Pulau Pinang.
  • Menyemak dan memproses dokumen & surat menyurat kes-kes Kematian mengejut.
  • Bertanggungjawab mengembalikan fail-fail LMM kepada pihak pemohon setelah kes selesai.

 

UNIT PENTADBIRAN

  • Menguruskan pendaftaran surat menyurat,e-mel dan fail-fail kes /kertas pertuduhan.
  • Menyelia semua urusan berkaitan cuti pegawai dan kakitangan,pengistiharan harta,tuntutan perjalanan,permohonan peperiksaan kpsl dan kursus.
  • Menyediakan laporan kursus dan laporan kad perakam waktu bulanan.
  • Menguruskan stor dan inventori pejabat termasuk membuat pesanan baranag-barang setor yang kehabisan setiap bulan di bahagian stor utama Pusat TanggungJawab(PTJ).
  • Menguruskan permohonan alatulis pegawai dan kakitangan dan menyelenggara stor alatulis dan kelengkapan pejabat.
  • Membuat Laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan pejabat kepada pembekal dan Pusat TanggungJawab.
  • Menyediakan Jadual Reman setiap bulan & Jadual Tugasan Koroner Pegawai-Pegawai Kehakiman.

MAHKAMAH SESYEN SIVIL 1

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Sivil Daerah Barat Daya/Timur Laut, kod 51, 52, 53, 54, 56, 57, 58 dan 59.
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.
  • Menjalankan tugas-tugas Pengarah bagi Mahkamah Pulau Pinang.

 

MAHKAMAH SESYEN SIVIL 2

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Sivil Daerah Barat Daya/Timur Laut, kod 51, 52, 53, 54, 56, 57  dan 5
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.
  • Menjalankan tugas-tugas Pentadbiran Bagi Mahkamah Rendah Georgetown

 

MAHKAMAH SESYEN SIVIL 3/ PEGAWAI MEDIASI MAHKAMAH PULAU PINANG

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Sivil Daerah Barat Daya/Timur Lauti, kod 53KJ dan 51KJ.
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.
  • Menjalankan tugas pentadbiran bagi Unit Mediasi Pulau Pinang.

 

MAHKAMAH MAJISTRET 1

  • Membicarakan kes-kes Sivil di bidang kuasa Mahkamah Georgetown (Daerah Timur Laut).
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes saman sivil di bawah kod 71, 72, 74, 76, 77 dan 78 Mendengar permohonan reman AADK & Perintah AADK.
  • Permohonan Jenayah Am.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.

 

MAJISTRET 2

MAHKAMAH MAJISTRET 2

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Georgetown (Daerah Timur Laut).
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes saman sivil di bawah kod A73 dan A71KJ dan kes-kes saman jenayah di bawah kod 87 & 89.
  • Site Admin Sistem E-Kehakiman.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.
  • Mendengar permohonan reman.

 

UNIT PENDAFTARAN SIVIL SESYEN/MAJISTRET

  • Memproses saman baru Mahkamah Sesyen/Majistret dalam Sistem CMS.
  • Menghubungi peguam dan pihak-pihak yang berkenaan jika ada masalah dan tambahan bayaran dokumen.
  • Proses dokumen dalam sistem CMS.
  • Menyediakan surat-menyurat kepada pihak-pihak melalui manual & sistem CMS.
  • Menjana bil bagi kes-kes manual.

 

UNIT PESURUHJAYA SUMPAH

  • Bertanggungjawab tugas-tugas Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Rendah Pulau Pinang
  • Menjalankan tugas penyeliaan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya sumpah negeri
  • Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran Pesuruhjaya Sumpah Negeri.

 

 

UNIT PELAKSANAAN

  • Bertanggungjawab tugas-tugas Bailif.
  • Menjalankan writ penyitaan dan penjualan untuk Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown.
  • Menjalankan distress, writ pemilikan dan waran tangkap terhadap penghutang penghakiman yang tidak hadir ke Mahkamah.
  • Kemaskini kes dalam Sistem CMS.

 

UNIT RAYUAN SIVIL SESYEN / MAJISTRET

  • Bertanggungjawab mendaftar notis rayuan sivil & jenayah ke dalam buku rayuan dan menaip surat-surat untuk dihantar kepada peguam.
  • Menyediakan rekod rayuan bagi kes-kes jenayah Mahkamah Sesyen/Majistret & dihantar ke Mahkamah Tinggi.
  • Menerima dan memproses dokumen yang diterima melalui Sistem CMS.
  • Menyediakan rekod-rekod untuk kes-kes semakan dan pindah ke Mahkamah Tinggi.
  • Menjana bil bagi kes manual dan menyelenggara fail-fail rayuan.

 

UNIT MEDIASI

  • Bertanggungjawab terhadap kes-kes sebelum perbicaraan.
  • Mengendalikan sesi mediasi untuk menyelesaikan kes-kes tanpa melalui perbicaraan penuh.
  • Menyediakan Statistik Mediasi Bulanan Untuk Dihantar ke Pusat Mediasi Kuala Lumpur.

 

UNIT STATISTIK

  • Menyediakan, mengumpul & menyemak statistik global bulanan Mahkamah Rendah Pulau Pinang.
  • Menyediakan statistik (adhoc) dari masa ke semasa.
  • Memastikan setiap pusat kos menghantar statistik (adhoc).
  • Menyemak dan Mengumpul statistik (adhoc) tersebut.
  • Memastikan setiap pusat kos menghantar dan menyediakan laporan statistik bulanan disediakan secara global & dihantar ke Unit Statistik Mahkamah Negeri Pulau Pinang dalam masa yang ditetapkan.