Bahagian Pusat Tanggungjawab Negeri Pulau Pinang
UNIT PENTADBIRAN
- Mengurus tadbir kontrak-kontrak penyelenggaraan kebersihan, Mahkamah Negeri.
- Mengurus tadbir kontrak-kontrak perjanjian jabatan.
- Mengurus tadbir hal berkaitan keselamatan Mahkamah.
- Mengurus tadbir kenderaan jabatan, kad akses dan parkir.
- Mengurus permohonan Pas Pengenalan Jabatan dan Kad Kuasa.
- Mengurus dan melaksana semua jenis perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan e-Bidding.
- Mengurus tadbir Aset Alih dan Tak Alih dan Stor.
- Mentadbir urus keselamatan Fail Jabatan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arkib Negara.
- Mengurus permohonan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan.
- Mentadbir urus penyelenggaraan akses Internet dan talian telefon.
UNIT PERKHIDMATAN
- Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan perjawatan jabatan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan perkhidmatan.
- Mengurus tadbir urusan perkhidmatan dari segi pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan, kemasukan dalam jawatan berpencen, pemangkuan dan kenaikan pangkat, penanggungan kerja, pertukaran dan persaraan.
- Mentadbir pengurusan Rekod Perkhidmatan.
- Menyedia Penyata Perubahan Pendapatan (Kew.8) bagi Pergerakan Gaji Tahunan, Kelayakan Elaun dan Kemudahan mengikut peraturan semasa.
- Mengurus tindakan tatatertib.
- Mengurus Pengisytiharan Harta.
- Menganjur kursus dalaman.
- Mengurus permohonan ke Luar Negara.
- Mengurus urusan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
- Mentadbir dan memantau sistem HRMIS.
- Mengurus pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri.
UNIT KEWANGAN
Hasil
- Mengurus, mentadbir dan melaksanakan hal berkaitan hasil kerajaan daripada terimaan hasil hingga pengeluaran resit melalui sistem ecf.
- Mengurus, mentadbir dan bertanggungjawab terhadap akaun deposit Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi.
- Menyelenggara akaun amanah buku lejar dan baki perseorangan.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan baucer bayaran berserta dokumen sokongan bagi bayaran balik deposit.
- Menyemak dan menyelenggara Penyata Penyesuaian Amanah, Deposit dan Hasil.
Bayaran/Akaun
- Mengurus semua jenis bil dan tuntutan di bawah Bajet Mengurus dan Bajet Tanggungan.
- Mengurus Panjar Wang Runcit.
- Mengurus pembayaran gaji.
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan dan memproses baucar bayaran berkaitan.
- Menyelenggara pentadbiran kontrak jabatan di dalam sistem ePerolehan.
- Menyemak dan menyelenggara Penyata Penyesuaian mengurus dan pembangunan.
- Menjana dan menyelenggara semua laporan kewangan
UNIT PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN
- Merancang, menyedia dan memperincikan setiap perancangan Pembangunan Fizikal bagi Mahkamah Negeri Pulau Pinang dari semua aspek Kejuruteraan.
- Mengurus dan melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan bagi SEMUA DISIPILIN KEJURUTERAAN, memastikan bangunan dan fasiliti Mahkamah Negeri Pulau Pinang berfungsi dengan baik.
- Kajian semula keperluan / tambahan fasiliti berpandukan penambahan semasa fungsi bagi Mahkamah Negeri Pulau Pinang.
- Memastikan penyelenggaraan Mekanikal, Elektrikal, Sivil dan arkitek Mahkamah Negeri berjalan dengan baik dan mengikut tatacara Kejuruteraan yang betul serta memenuhi kehendak jabatan.
UNIT KESELAMATAN
- Memantau tugas-tugas Pengawal Keselamatan swasta dari masa ke semasa.
- Mengawasi pekerja-perkerja kontrak melakukan kerja di bangunan mahkamah.
- Memastikan setiap pelawat yang berurusan di mahkamah didaftarkan & memakai Pas Keselamatan.
- Membuat rondaan keselamatan di dalam dan luar bangunan mahkamah serta sempadan kawasan bangunan mengikut jadual.