Skip to main content

Tiada pengumuman buat masa sekarang

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah

MAHKAMAH SESYEN SIVIL 1, BUTTERWORTH DAN MAHKAMAH KHAS RASUAH (SPRM)

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Sivil Seberang Perai, kod 51, 52(ganjil), 53, 54, 56, 57, 58 dan 59 dan kes-kes SPRM.
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.
  • Menjalankan tugas-tugas Pentadbiran Mahkamah Butterworth.

 

MAHKAMAH SESYEN SIVIL 2, BUTTERWORTH

  • Kes-kes telah dibahagikan kepada Mahkamah Sesyen Sivil 1 dan Sivil 3.

 

MAHKAMAH SESYEN SIVIL 3, BUTTERWORTH

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Sivil Seberang Perai, kod 53KJ , 51KJ dan 52 (genap).
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.

 

MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 1, BUTTERWORTH

  • Membicarakan kes-kes jenayah di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Jenayah Seberang Perai, kod 61,62,63,64 dan 65 (Genap),87 & PATI
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.

 

MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 2, BUTTERWORTH DAN MAHKAMAH KES-KES ALAM SEKITAR

  • Membicarakan kes-kes jenayah di bidang kuasa Mahkamah Sesyen Jenayah Seberang Perai, kod 61,62,63,64, 65 (Ganjil) dan 81.
  • Kes-kes Alam Sekitar.
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.

 

MAHKAMAH MAJISTRET 1, BUTTERWORTH

  • Membicarakan kes-kes sivil di bidang kuasa Mahkamah Butterworth Seberang Perai Utara.
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes saman sivil di bawah kod A71, A72, A73, A74, 76, A77, A78.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Memantau dan mengemaskini sistem e-court.
  • Mendengar permohonan reman.

 

MAHKAMAH MAJISTRET 2, BUTTERWORTH

  • Membicarakan kes-kes jenayah di bidang kuasa Mahkamah Butterworth Seberang Perai Utara.
  • Mengendalikan segala perkara yang berkaitan dengan perbicaraan kes-kes :
  • *Saman Trafik & JPJ.
  • *Permohonan kod 82, 83, 85 & 86.
  • Permohonan Jenayah kod 89.
  • Mengemaskini status kes di CMS.
  • Membuat penyelidikan undang-undang dan menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang dirayu ke Mahkamah Tinggi serta menyemak nota keterangan.
  • Mendengar permohonan reman dan Perintah AADK.

 

UNIT PENDAFTARAN SIVIL SESYEN/MAJISTRET BUTTERWORTH

  • Memproses saman baru Mahkamah Sesyen/Majistret dalam Sistem CMS.
  • Menghubungi peguam dan pihak-pihak yang berkenaan jika ada masalah dan tambahan bayaran dokumen.
  • Memproses dokumen dalam sistem CMS.
  • Menyediakan surat-menyurat kepada pihak-pihak melalui manual & sistem CMS.
  • Menjana bil bagi kes-kes manual.

 

UNIT PENDAFTARAN JENAYAH SESYEN/MAJISTRET BUTTERWORTH

  • Menyemak pendaftaran kesemua kes melalui Sistem CMS.
  • Memproses Pendaftaran Saman Jabatan.
  • Bertanggungjawab menyelenggara kes-kes jenayah, saman trafik sebutan/bicara melalui Sistem CMS.
  • Mengeluarkan OTP untuk urusan jamin dan kes tuduh baru.
  • Memproses sepina bagi kes Sesyen/Majistret melalui CMS & manual.
  • Membuat urusan jamin & menguruskan pelepasan jaminan untuk kes-kes yang telah selesai.

 

UNIT RAYUAN JENAYAH SESYEN/MAJISTRET BUTTERWORTH

  • Mendaftar notis rayuan sivil & jenayah ke dalam buku rayuan dan menaip surat-menyurat kepada peguam.
  • Menyediakan rekod rayuan bagi kes-kes jenayah Mahkamah Sesyen/Majistret & dihantar ke Mahkamah Tinggi.
  • Menerima dan memproses dokumen yang diterima melalui Sistem CMS.
  • Menyediakan rekod-rekod untuk kes-kes semakan dan pindah ke Mahkamah Tinggi.
  • Menjawab surat-surat dari penjara untuk pengesahan hukuman sebat rotan.
  • Menjana bil bagi kes manual dan menyelenggara fail-fail rayuan.

 

UNIT MEDIASI

  • Menguruskan penetapan kes-kes untuk mediasi.
  • Memudahkan sesi mediasi tanpa melalui perbicaraan penuh.

 

UNIT KEWANGAN

  • Menerima kutipan hasil dan deposit di Kaunter Bayaran.
  • Memproses bayaran bagi cek dan EFT terbatal.
  • Menguruskan panjar wang runcit.
  • Menyediakan baucer bayaran tuntutan perjalanan pegawai & kakitangan.
  • Menyelenggara buku tunai cerakinan.
  • Menyediakan laporan bulanan hasil ke POJ.
  • Menyediakan penyata pemungut dan menghantar kutipan harian ke bank.
  • Mengendalikan pelupusan baucer bayaran, penyata pemungut dan resit bayaran.

 

UNIT STATISTIK

  • Mengumpul & menyemak statistik bulanan.
  • Menyediakan statistik (adhoc) dari masa ke semasa.
  • Memastikan laporan statistik bulanan disediakan secara global & dihantar ke Unit Statistik Mahkamah Negeri Pulau Pinang dalam masa yang ditetapkan.

 

UNIT PELAKSANAAN

  • Penugasan Bailif.
  • Melaksanakan writ penyitaan dan penjualan untuk Mahkamah Sesyen/Majistret Butterworth.
  • Melaksanakan distress, writ pemilikan dan waran tangkap terhadap penghutang penghakiman yang tidak hadir ke Mahkamah.
  • Mengemaskini kes dalam Sistem CMS.

 

UNIT PENTADBIRAN

  • Mengambil tindakan surat-menyurat Bahagian Pentadbiran sebagaimana diminit oleh Hakim.
  • Mendaftar/merekod semua surat-menyurat yang diterima setiap hari.
  • Mengemaskinikan fail-fail pentadbiran.
  • Mengemaskini laporan harian pengawal keselamatan dan perkhidmatan pembersihan kawasan dan menyediakan Laporan Bulanan.
  • Menyediakan/merekod pembaharuan kontrak kantin, perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan kawalan keselamatan.
  • Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan penyelenggaraan bangunan Mahkamah Butterworth.
  • Mengambil tindakan aduan orang awam.

 

UNIT PERKHIDMATAN

  • Menyediakan dan merekod dokumen untuk pengesahan pelantikan, pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.
  • Mengemaskini rekod cuti bagi pegawai / kakitangan Mahkamah Butterworth, permohonan cuti Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan Mahkamah Majistret Jawi.
  • Mengemaskini maklumat cuti di HRMIS.
  • Menyediakan laporan mingguan / bulanan thumbprint.
  • Mengemaskinikan rekod kursus / latihan pegawai & kakitangan, laporan bulanan kursus dan e-latihan.

 

UNIT STOR/ASET

  • Pengurusan Stor:-
  • Pesanan
  • Penerimaan stok
  • Merekod stok
  • Penyimpanan
  • Pengeluaran
  • Pemeriksaan stor/stok
  • Pelupusan
  • Kehilangan dan hapus kira
  • Mengendalikan semua aset alih kerajaan peringkat jabatan meliputi:-
  • Penerimaan
  • Pendaftaran
  • Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
  • Penyelenggaraan
  • Pelupusan Aset
  • Kehilangan dan Hapuskira Aset

 

UNIT PERPUSTAKAAN

  • Menguruskan pinjaman / pulang buku dan jurnal.
  • Bertanggungjawab membuat pindaan akta, indeks akta dan akta pindaan.
  • Menguruskan surat menyurat, pembayaran, pembelian buku dan jurnal dengan PTJ dan perpustakaan Mahkamah Perpustakaan Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • Bertanggungjawab mengawasi inventori Perpustkaan.

 

UNIT KAUNTER

  • Pegawai Khidmat Pelanggan
    • Perkhidmatan Kaunter
  • Biro Perkhidmatan
    • Mengimbas dokumen yang telah difailkan oleh pelelong/orang awam untuk tindakan selanjutnya oleh Unit Sivil & Unit Jenayah.
  • Pesuruhjaya SumpaH
    • Menguruskan/merekod Akuan Sumpah Orang Awam.