Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Sejarah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Sejarah sistem perundangan di Malaysia bermula dengan penaklukan Prince of Wales Island (Pulau Pinang) pada 11 Ogos 1786 oleh Kapten Francis Light. Dengan perkembangan Prince of Wales Island pada ketika itu sebagai pusat perdagangan terkemuka dengan pertumbuhan populasi yang pesat telah mendesak Kapten Francis Light untuk mendapatkan bantuan perundangan oleh Governor-General di India untuk mentadbir penduduk Pulau ini.

Pada tahun 1801, John Dickens telah dilantik sebagai Majistret pertama di Pulau Pinang. Piagam DiRaja ("The Royal Charter") telah dianugerahkan kepada Pulau Pinang pada tahun 1807 yang telah menyaksikan penubuhan "Supreme Court"  (Mahkamah Agung). Dengan penubuhan Mahkamah Agung, jawatan baru telah diwujudkan iaitu "Recorder" yang berperanan sebagai Hakim. "Recorder" pertama yang dilantik di Pulau Pinang ialah Sir Edmond Stanley pada tahun 1808 dan pada ketika itulah bermulanya pembinaan bangunan Mahkamah yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.

Bangunan "Supreme Court of Penang" yang pertama terletak di Fort Conwalis yang kemudiannya berpindah ke bangunannya sendiri yang merupakan bekas kediaman rasmi John Dickens, iaitu Majistret pertama di Pulau Pinang. Pada tahun 1903, bangunan "Supreme Court" yang pertama telah dirobohkan. Tidak jauh daripada tapak asalnya telah dibina Bangunan "Supreme Court" yang baru iaitu bangunan Mahkamah Tinggi yang sedia ada di Lebuh Light. Bangunan ini telah diduduki pada tahun 1903. Reka bentuk bangunan ini adalah berasaskan senibina pada zaman pemerintahan King George di England pada kurun ke 18.

Bangunan ini telah melalui beberapa fasa pengubahsuaian dan pembaikan dari tahun ke tahun. Penambahbaikan bangunan Mahkamah Agung Pulau Pinang (sekarang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Pulau Pinang) telah disiapkan pada tahun 2007 dan dirasmikan pada 28 Februari 2009 oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.

Sistem kehakiman di Pulau Pinang yang telah menjangkau usia 200 tahun dan bangunan Mahkamah Tinggi yang berusia lebih 100 tahun ini telah meninggalkan nostalgia yang mendalam kepada semua pengamal undang-undang di negeri ini. Malah, bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai "World Cultural Heritage Site" pada 7 Julai 2008.

 

img

Sejarah Kompleks Mahkamah Pulau Pinang

Pada Tahun 2006 Dua Buah Bangunan Baru Yang Menempatkan Mahkamah Sesyen/majistret Sivil Dan Jenayah Dibina. Dua Buah Bangunan Baru Tersebut Menempatkan 5 Mahkamah Sesyen Dan 6 Mahkamah Majistret. Setiap Kamar Bicara Dilengkapi Dengan Kemudahan Siaraya. Manakala Satu Dari Mahkamah Di Dalam Setiap Bangunan Dilengkapi Dengan "Vulnerable Witness System". Ia Membolehkan Saksi-saksi Memberikan Keterangan Tanpa Perlu Berada Di Dalam Kamar Bicara Di Dalam Situasi Yang Menakutkan Terutamanya Kanak-kanak. Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Ini Turut Menempatkan Bilik-bilik Khas Untuk Kegunaan Jabatan-jabatan Kerajaan Yang Berurusan Dengan Mahkamah Seperti Bilik Timbalan Pendakwaraya, Biro Bantuan Guaman Dan Jabatan Insolvensi. Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Beroperasi Sepenuhnya Pada 15 April 2008.

Semasa Kerja-kerja Pembinaan Kompleks Mahkamah Ini Dilakukan, Tugu Logan Telah Dipindahkan Dari Perkarangan Bangunan Mahkamah Tinggi Ke Bahagian Hadapan Bangunan Mahkamah Sesyen/majistret Tersebut.

Jalan Yang Bersebelahan Dengan Bangunan Mahkamah Ini Telah Dinamakan Sebagai Jalan Tun Syed Sheh Barakbah  Sempena Nama Anak Tempatan Pertama Yang Telah Dilantik Sebagai Hakim Besar Malaya Pada Tahun 1962 Dan Seterusnya Sebagai Rakyat Malaysia Yang Pertama Menjawat Jawatan Ketua Hakim Negara Pada Tahun 1966. Tun Syed Sheh Barakbah Juga Telah Dilantik Sebagai Gabenor Pulau Pinang Yang Ke Tiga Dari 1 Februari 1969 Hingga 1 Februari 1975.

 

Halaman 1 dari 5