Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mendengar sebutan kes-kes jenayah kod 81.
  • Mendengar kes-kes jenayah dan saman-saman jabatan kod 82-89.
  • Mendengar kes-kes Mahkamah Kanak-Kanak.
  • Mendengar permohonan reman dan permohonan daripada pelbagai jabatan.
  • Mendengar permohonan reman pada hujung minggu mengikut giliran yang ditetapkan.
  • Menyediakan/memantau statistic bulanan untuk kes-kes di Mahkamah Majistret Balik Pulau.
  • Memantau dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengendalikan Kes sivil dan Jenayah di Mahkamah Terbuka /Kamar.
  • Mengendalikan surat menyurat kes-kes sivil.
  • Menyemak Deraf Perintah/Penghakiman
  • Statistik Bulanan dan Adhock sivil
  • Senarai Kausa kes-kes sivil
  • Menyediakan Pelbagai Perintah (Pengawasan dan lain-lain)
  • Update diari dan causelist
  • Merekod saman Jabatan, Traffik dan JPJ
  • Menyediakan Waran-waran, Perintah.
  • Mengendalikan Permohonan Sek.413
  • Menyediakan OTP dan Waran Tangkap untuk saman jabatan.
  • Menyedia dan menguruskan Perintah Bond Kelakuan Baik.
  • Menyediakan Laporan Harian

UNIT PENTADBIRAN I

  • Mengurusksan Inventori Pejabat meliputi Pendaftaran dan pelupusan
  • Menguruskan Barang-Barang Stor Pejabat Keluar/masuk.
  • Menyediakan Laporan Keselamatan Mingguan/bulanan Mahkamah.
  • Memeriksa Buku Laporan Keselamatan setiap hari.
  • Mengawasi Mesin Thumb Print Kedatangan Kakitangan Mahkamah.
  • Mengemaskini Papan Kenyataan Cuti Rehat, keluar/masuk Pegawai dan kakitangan.
  • Menguruskan pendaftaran keluar/masuk Surat-Menyurat Mahkamah.
  • Menandatangani Buku resit dan resit kew. 38E dan E-Court Finance
  • Menjana Bil-Bil.
  • Menyediakan jadual bagi Penasihat-Penasihat Mahkamah Juvana.
  • Menguruskan Laporan Prestasi Tahunan dan Prestasi Kakitangan untuk dimajukan ke PTJ.
  • Menguruskan Cuti,Permohonan Kursus, Peperiksaan, Pengesahan Jawatan, Persaraan untuk dimajukan ke PTJ.
  • Menyimpan dan mengedar Surat, Surat Pekeliling Perkhidmatan/Perbendaharaan.
  • Menjalankan Kerja-Kerja Pesuruhjaya Sumpah.

UNIT PENTADBIRAN II

  • Mengambil dan menghantar kunci pejabat dari Balai Polis Daerah.
  • Membuka dan menutup pintu pejabat setiap hari.
  • Mengagihkan dokumen-dokumen ke dalam BC Box Peguam mengikut masa yang ditentukan.
  • Menyimpan dan menyusun fail.
  • Menghantar dokumen-dokumen ke jabatan-jabatan yang berhampiran dan urusan pos surat.
  • Mengambil dan menyimpan fail-fail bagi kes-kes dan memasukkan semua dokumen kes-kes ke dalam fail.
  • Mengambil fail-fail Sivil dan jenayah dari Jurubahasa ke Bahagian Pendaftaran setiap hari setelah selesai kes.
  • Menghantar Fail-Fail Sivil dan Jenayah dari Bahagian Pendaftaran ke Jurubahasa setiap hari sebelum kes.

UNIT KEWANGAN

  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugasan kewangan.
  • Menerima semua kutipan harian dan mencetak resit melaui sistem e-court Finance.
  • Menyediakan baucer bayaran untuk deposit amanah melalui sistem eSPKB.
  • Menyediakan panyata bayaran tuntutan perjalanan.
  • Menyediakan laporan bulanan hasil untuk dihantar kepada Audit setiap awal bulan sebelum 6 haribulan.
  • Menyediakan Penyata Perbankan kutipan harian untuk dibankkan.
  • Mengawal Panjar wang runcit dan menyediakan panjar wang runcit.
  • Menerima dan menjawab surat menyurat yang berkaitan dengan kewangan.
  • Menyelenggara Buku Lejar Deposit Terimaan/keluaran deposit.
  • Mencetak laporan e-Court Finance.
  • Menyediakan laporan permohonan hapuskira hasil dan amanah yang melebihi 10 tahun.

UNIT JENAYAH

  • Mendaftar kes-kes reman 117 kj kod PD-89RE AADK kod PD-89UT
  • Menyediakan Proses Jaminan.
  • Melepaskan Wang Jaminan pada kes-kes yang telah selesai .
  • Mengeluarkan OTP kepada pihak penjara.
  • Menyusun fail-fail jenayah yang telah selesai dengan membuat siri akhir .
  • Menyediakan dokumen apabila mendapat arahan berkaitan kes-kes yang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
  • Bertanggungjawab mengemaskini buku kausa kod PD-89RE dan kod –UT.
  • Menyediakan perintah pengawasan

UNIT SIVIL

  • Memproses Writ dan Penyata Tuntutan yang baru difailkan dan mendaftar kes dalam Buku Kausa bagi semua kod sivil.
  • Membuka fail kes-kes baru sivil.
  • Memproses segala dokumen bagi semua kes sivil baru .
  • Mengemaskini Buku Kausa Sivil setiap hari dengan mencatatkan keputusan kes yang telah selesai.
  • Menjawab surat menyurat dan menguruskan pemindahan fail sivil ke Mahkamah lain.
  • Mengambil dan menyimpan fail-fail bagi kes-kes sivil dan memasukkan semua dokumen atau surat-surat ke dalam fail.

UNIT PENDAFTARAN

  • Menghantar Saman, Sepina, Notis Bankrap dan Perintah Penyampaian Ganti.
  • Menyediakan Afidavit Penyampaian atau afidavit tanpa penyampaian.
  • Mendaftar Kes-Kes baru Jenayah
  • Mendaftar Kes-kes baru saman Trafik dan saman JPJ
  • Mengemaskini Buku Kausa Daftar Jenayah.
  • Mendaftar Permohonan Waran Tangkap.
  • Mengemaskini Masterlist Kes Jenayah.

UNIT PELAKSANAAN

  • Mendaftar kes-kes WSS, 76WSL, A74, SPP, 56WS, 56WSL, A54, 76J dan membuka fail dengan menetapkan tarikh Perlaksanaan.
  • Memproses Saman Interplider menetapkan tarikh bicara, dan menyerahkan kepada pihak menuntut serta pihak plaintif.
  • Mengemaskini Buku Rayuan dengan mencatatkan keputusan yang telah selesai.
  • Mengemaskini Buku Kausa bagi semua kod kes-kes Perlaksanaan.
  • Menyediakan Notis Jualan Dan Notis Penyitaan juga Penjualan dalam masa 14 hari dari tarikh penyitaan.
  • Menjalankan pengkomitan ke Penjara dan Perlaksanaan Writ Penghantar Serah.
  • Menyediakan Penyata Bailif untuk Bayaran Amanah bagi kes yang telah selesai.
  • Menjalankan jualan lelong barangan yang disita di bawah RM 10,000.00
  • Menjalankan Waran Tangkap dan membawa JD ke Mahkamah berkenaan.
  • Memproses Notis Permohonan bagi Perlaksanaan untuk pecah masuk, Perlaksanaan Lepas Pejabat dan Lanjutan Masa Perlaksanaan.
  • Memproses SPP Saman Penghutang Penghakiman, membuka fail, menetapkan tarikh bicara dan merekodkan dalam buku kausa setelah selesai.
  • Memproses Notis Rayuan dengan segera serta mendaftar dalam Buku Rayuan. Menghantar surat kepada Peguam Perayu untuk mengambil alasan dan notis.