Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

UNIT PENTADBIRAN

  • Mengurus tadbir kontrak-kontrak penyelenggaraan kebersihan, Mahkamah Negeri.
  • Mengurus tadbir kontrak-kontrak perjanjian jabatan.
  • Mengurus tadbir hal berkaitan keselamatan Mahkamah.
  • Mengurus tadbir kenderaan jabatan, kad akses dan parkir.
  • Mengurus permohonan Pas Pengenalan Jabatan dan Kad Kuasa.
  • Mengurus dan melaksana semua jenis perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan e-Bidding.
  • Mengurus tadbir Aset Alih dan Tak Alih dan Stor.
  • Mentadbir urus keselamatan Fail Jabatan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arkib Negara.
  • Mengurus permohonan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan.
  • Mentadbir urus penyelenggaraan akses Internet dan talian telefon.

UNIT PERKHIDMATAN

  • Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan perjawatan  jabatan.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan perkhidmatan.
  • Mengurus tadbir urusan perkhidmatan dari segi pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan, kemasukan dalam jawatan berpencen, pemangkuan dan kenaikan pangkat, penanggungan kerja, pertukaran dan persaraan.
  • Mentadbir pengurusan Rekod Perkhidmatan.
  • Menyedia Penyata Perubahan Pendapatan (Kew.8) bagi Pergerakan Gaji Tahunan, Kelayakan Elaun dan Kemudahan mengikut peraturan semasa.  
  • Mengurus tindakan tatatertib.
  • Mengurus Pengisytiharan Harta.
  • Menganjur kursus dalaman.
  • Mengurus permohonan ke Luar Negara.
  • Mengurus urusan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
  • Mentadbir dan memantau sistem HRMIS.
  • Mengurus pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri.

UNIT KEWANGAN

  • Hasil
    • Mengurus, mentadbir dan melaksanakan hal berkaitan hasil kerajaan daripada terimaan hasil hingga pengeluaran resit melalui sistem ecf.
    • Mengurus, mentadbir dan bertanggungjawab terhadap akaun deposit Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi.
    • Menyelenggara akaun amanah buku lejar dan baki perseorangan.
    • Bertanggungjawab dalam menyediakan baucer bayaran berserta dokumen sokongan bagi bayaran balik deposit.
    • Menyemak dan menyelenggara Penyata Penyesuaian Amanah, Deposit dan Hasil.
  • Bayaran/Akaun
    • Mengurus semua jenis bil dan tuntutan di bawah Bajet Mengurus dan Bajet Tanggungan.
    • Mengurus Panjar Wang Runcit.
    • Mengurus  pembayaran gaji.
    • Mengeluarkan Pesanan Tempatan dan memproses baucar bayaran berkaitan.
    • Menyelenggara pentadbiran kontrak jabatan di dalam sistem ePerolehan.
    • Menyemak dan menyelenggara Penyata Penyesuaian mengurus dan pembangunan.
    • Menjana dan menyelenggara semua laporan kewangan

UNIT PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN

  • Merancang, menyedia dan memperincikan setiap perancangan Pembangunan Fizikal bagi Mahkamah Negeri Pulau Pinang dari semua aspek Kejuruteraan.
  • Mengurus dan melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan bagi SEMUA DISIPILIN KEJURUTERAAN, memastikan bangunan dan fasiliti Mahkamah Negeri Pulau Pinang berfungsi dengan baik.
  • Kajian semula keperluan / tambahan fasiliti berpandukan penambahan semasa fungsi bagi Mahkamah Negeri Pulau Pinang.
  • Memastikan penyelenggaraan Mekanikal, Elektrikal, Sivil dan arkitek Mahkamah Negeri berjalan dengan baik dan mengikut tatacara Kejuruteraan yang betul serta memenuhi kehendak jabatan.

UNIT KESELAMATAN

  • Memantau tugas-tugas Pengawal Keselamatan swasta dari masa ke semasa.
  • Mengawasi pekerja-perkerja kontrak melakukan kerja di bangunan mahkamah.
  • Memastikan setiap pelawat yang berurusan di mahkamah didaftarkan & memakai Pas Keselamatan.
  • Membuat rondaan keselamatan di dalam dan luar bangunan mahkamah serta sempadan kawasan bangunan mengikut jadual.